Donate me a click!

ruang iklan

ruang iklan

17 Jun 2013

Tips jaga badan selepas bersalin

Makanan apa yang sesuai untuk ibu berpantang?
Mengawasi diet seimbang ketika pantang memberikan anda dua kebaikan: 1) Memulihkan kekuatan badan anda :2) Mendapatkan bentuk badan yang langsing

Tips jaga badan selepas bersalin:
Ketahuilah diet yang seimbang mestilah mengandungi makanan yang pelbagai. Ingatlah sentiasa ambil makanan dengan kerap dalam waktu yang sewajarnya. Ketahui juga bahawa semua makanan hendaklah diambil dalam kuantiti yang sama. Contohnya: tidak boleh ambil nasi lebih tapi tiada sayur. Semua portion mesti sama banyak.
1.   Berhati-hati dengan garam yang terlalu banyak
Gunakan garam pada kuantiti yang paling minimum. Jika anda suka makanan pedas, tukarkan dengan herba.
2.   Minum sekurang-kurangnya 1.5 liter air sehari.
Air ni termasuklah air sup yang kita hirup tu, air minuman panas yang kita minum untuk breakfast, etc..Tidak tertakluk kepada air suam sahaja.Tapi jangan sesekali ambil air sejuk.takut bentan
3.   Berhati-hati dengan lemak
Anda mungkin telah jauhkan diri daripadalemak, tapi mungkin anda tidak sedar, lemak juga terkandung di dalam: daging, produk tenusu, telur dan coklat.
4.   Kurangkan gula selagi boleh
Kalau anda ambil terlalu banyak gula dan badan anda tidak biasa dengannya, ia boleh menyebabkan berat badan naik. Oleh itu, jauhi terlalu banyak kek, gula-gula,lemonade etc.
5.   Ambil vitamin secukupnya
Vitamin tidak boleh dipisahkan dengan badan kita. Ia ibarat kuku dan daging J. Ianya berfungsi untuk proses pertumbuhan dan mengekalkan badan kita kekal berfungsi.
·         Vitamin adalah lebih penting kerana badan kita tidak boleh mengekuarkan vitamin begitu sahaja. Kita perlu mendapatkan vitamin daripada sumber luar.
·         Minerals pula boleh didapati  di dalam semua bahagian badan kita, dalam muscles, dalam tulang, dan di dalam darah. Kita secara tidak sedar mendapatkan sumber mineral daripada makanan seharian kita.
·         Berapa banyak vitamin yang anda perlukan?
o   Ketika mengandung, pantang dan breastfeeding, keperluan vitamin kita semakin bertambah. Ketika pantang dan breastfeeding, kita memerlukan vitamin seperti: vitamin B, vitamin C, Alfalfa, ESP Soy protein, Kalsium dan multi-vitamin.(dan zink untuk sembuhkan luka). Apa manfaat setiop vitamin ni:
§  Vitamin B- Memberikan tenaga kepada anda, menukarkan makanan kepada tenaga, jadi makanan yang dimakan tidak akan terkumpul dalam badan dan menjadi lemak jahat.
§  Vitamin C- Meningkatkan imun system,mencantikkan kulit, menguatkan antibody.
§  Alfalfa- Raja segala tumbuhan ini berfungsi sebagai detox untuk menguruskan badan, selain memekatkan susu bagi ibu yang sedang menyusukan.
§  ESP Soy protein – Protein (non GMO) yang membantu mencantikkan kulit, meningkatkan kuantiti susu untuk ibu yang menyusukan selain berfungsi menguatkan otot untuk proses penurunan berat badan.
§  Kalsium (Ostematrix) – Sangat penting sebagai sumber susu untuk tulang yang kuat, tambah susu untuk ibu yang menyusukan.
§  Multi-vitamin Untuk memberikan nutrient yang seimbang kepada badan kita dan seterusnya disalurkan kepada anak yang sedang menyusu. Multi-vitamin amat perlu tidak kira siapa pun,kerana bila salah satu vitamin kurang daripada badan kita, macam2 perkara noleh berlaku..nauzubillah..
·         Apakah vitamin atau perkara yang anda perlu hindarkan?
o   Hanya kerana anda nak turun berat badan segera, anda jauhkan diri daripada makanan atau vitamin. Ini adalah step yang salah
o   Jika anda merokok, selain daripada anda terdedah kepada risiko sakit jantung, anda juga kekurangan vitamin C yang terlalu banyak.
o   Jika anda mengambil pil perancang, keperluan anda kepada vitamin A,B dan C lebih tinggi.


Nak vitamin?
Call/SMS/whatsapp : 014-7207131

Distributor ID: 915081

No comments: