Donate me a click!

ruang iklan

ruang iklan

16 Jun 2013

Mudah Letih Dan Lesu? Kami Kongsikan Tips Mengekalkan Tubuh Sihat Di Bulan Ramadan

ramadon
Kurang dari sebulan umat Islam akan memasuki bulan puasa selama sebulan. Meskipun sudah dewasa, masih ada lagi yang ‘lemau’ dan mudah lebih apabil berpuasa. Ada yang tidak suka bersahur atau mungkin tidak sempat, manakala ada yang jenis waktu siang dia suka makan, jadi perut pun jadi tak biasa untuk berpuasa. Kerana itu, penting bagi kita semua untuk mengetahui bagaimana tips puasa agar tubuh tidak menjadi mudah letih tapi tetap sihat dan bertenaga.
Elakkan makanan yang mengandungi gas 
Menurut doktor dari Bahagian Gastroenterologi RSCM-FKUI, Dr. H. Ari Fahrial Syam , Bahan makanan yang banyak mengandung gas dapat merangsang pengeluaran asid perut dan hal ini sangat ditegah, apalagi bagi mereka yang mempunyai penyakit. Makanan yang banyak mengandung gas antara lain: makanan berlemak, sayur-sayuran seperti sawi dan kubis, buah nangka, kedondong dan pisang , serta minuman bersoda.
Elakkan makanan berlemak
Makanan yang banyak mengandungi lemak, akan membuat makanan lebih lambat untuk diproses. Hasilnya, badan menjadi cepat kehilangan tenaga kerana tubuh lebih lambat untuk memproses makanan.
Makanan berserat baik untuk kesihatan
berserat
Makanan berserat ini sangat berguna apalagi sedang menjalani ibadah puasa kerana makanan ini mampu membuat tubuh menahan rasa lapar. “Tubuh kita memerlukan masa yang lebih lama untuk mencerna makanan yang banyak mengandung serta, sehingga rasa lapar juga datang lebih lama,” ujarnya.
Minum air dalam kuantiti yang banyak
Sebelum puasa itu dilakukan baik sebelum ataupun sesudahnya, sangat digalakkan untuk minum air yang cukup banyak agar tidak terjadi dehidrasi pada tubuh. Bagi mereka yang susah untuk makanan nasi atau makanan berat semasa bersahur, anda digalakkan untuk minum susu supaya rasa lebih cepat kenyang.
Makanan yang sesuai semasa berbuka puasa
ramadan
Setelah berpuasa atau istilahnya berbuka bagi umat Islam, maka pilihlah makanan yang ringan, berserat, manis serta mengandungi cukup mineral, vitamin, dan karbohidrat. Kerana itu, kurma merupakan salah satu makanan yang memenuhi standard tersebut. Menurut Dr Ari, tiga buah kurma sudah cukup untuk berbuka. Jika anda bukan penggemar kurma, makanlah kuih ataupun minum air manis yang panas supaya perut tidak terkejut!

Nak mudah?..Jom amalkan set berpuasa Shaklee..klik sini

DISCLAIMER:
The products and information found on vitaminderoyale.blogspot.com are not intended to replace professional medical advice or treatment. Our information is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease or medical condition. Results of testimonials are not typical and individual results may vary.

Mudah Letih Dan Lesu? Kami Kongsikan Tips Mengekalkan Tubuh Sihat Di Bulan Ramadan 

No comments: