Q&A Tentang Vitamin Shaklee untuk Ibu Menyusu
** These statements have not been
evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended
to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
as salam semua..
Khusus untuk pembaca yang mengambil
suplemen Shaklee, kali ni saya share QnA lazim tentang pengambilan
vitamin Shaklee khusus untuk ibu-ibu menyusu
Berapakah maksimum pengambilan
alfalfa dalam sehari?
Maksimum pengambilan alfalfa ialah
10 biji sehari, namun bukan makan sekaligus ya. Untuk permulaan, anda cuma perlu
makan 2 biji sehari sahaja (untuk minggu pertama biasanya). Kemudian, anda boleh
tingkatkan pengambilan alfalfa sedikit demi sedikit. Kebiasaannya, pengambilan
alfalfa untuk ibu-ibu menyusu antara 2 - 6 biji sehari (2 biji setiap kali
makan). Pastikan anda minum air putih secukupnya untuk mengurangkan rasa dahaga
dan panas kesan pengambilan suplemen ini.
Bolehkah saya minum susu bersama
vitamin-vitamin ini?
Boleh. Walaubagaimanapun, untuk
suplemen Vita-Lea, elakkan mengambilnya bersama susu. Ini kerana kalsium
(daripada susu) boleh mengganggu penyerapan zat besi (iron)
Bolehkah saya makan suplemen ini
ketika menstrual (period)?
Boleh, malahan sangat digalakkan
kerana pengambilan suplemen membantu mengurangkan beberapa simptom sebelum dan
ketika menstrual. Sebagai contoh, pengambilan Vitalea membantu mengelakkan
anaemia kerana mengandungi zat besi. Ostematrix pula membantu anda maintain
pengeluaran susu ketika period, selain membantu anda untuk kekal bertenaga
dan mengurangkan period pain. Pengambilan vitamin B Complex pula membantu mood
yang stabil semasa menstrual.
Sekiranya saya tidak mengepam
terus selepas makan suplemen ini, bolehkan saya jarakkan pengambilan 2 biji
alfalfa selepas pengambilan vitamin ( Vitalea, B Complex, Vitamin C) dan
mengepam selepas itu?
Boleh. Juga pastikan anda
mengepam/ direct-feed sehingga breast betul-betul kosong ya. (ini penting untuk
mengelakkan clog duct)
Jika saya tidak benar-benar
mengosongkan dan terus mengamalkan alfalfa, adakah ia akan memberi sebarang
impak?
Tidak. Tetapi kemungkinan besar
anda tidak akan mendapat hasil maksimum seperti yang diinginkan. Kekerapan
mengosongkan payudara adalah antara kunci penting dalam penghasilan susu
badan.
Bilakah waktu terbaik pengambilan
Ostematrix? Selepas dinner atau sebelum tidur?
Sebelum tidur untuk kesan
penyerapan yang optimum, kerana tubuh kita kurang menyerap air ketika ini.
Pengambilan Ostematrix ini juga membantu tidur yang lebih lena (kalsium) dan
bangun dengan lebih cergas. InshaALLAH.
EBM saya kelihatan lebih pekat dan
kekuningan (kehijauan). Adakah ini normal?
Ya, ia adalah normal. EBM
kelihatan lebih pekat kesan pengambilan alfalfa yang kaya dengan protein.
Pengambilan vitamin-vitamin lain tadi juga turut menyumbang kepada pertambahan
kepekatan EBM. Efek kekuningan @ kehijauan pula adalah kesan daripada unsur
riboflavin di dalam B Complex.
Kesan yang sama turut dilihat
kepada urin anda yang bertukar menjadi warna seakan kuning fluorescent. Warna
kuning yang pekat menandakan bahawa tubuh anda kekurangan air, jadi pastikan
anda minum air secukupnya ya.
Saya @ baby demam selepas pengambilan
vitamin Shaklee.
Ini dinamakan HEALING
CRISIS.
Alhamdulillah. Jika ada
persoalan-persoalan lain, jangan segan-segan untuk bertanya ya. Selalu saya
tekan kepada customers saya, 'jangan senyap aje kalau ada problem'
;-)
Ingat 3 perkara penting ini jika
anda mahu sukses dalam penyusuan susu ibu.
-
Sentiasa mengosongkan payudara setiap 3 jam sekali (atau minimum 6 kali sehari tidak termasuk sessi direct-feeding). Jangan tunggu sehingga payudara bengkak baru nak pam.
-
Minum air tidak kurang 3 liter sehari.
- Doa yang berterusan. Ingatlah bahawa sesungguhnya rezeki itu datangnya daripada ALLAH swt.
Shaklee ID: 915081
E-mel: saidahhamizah@gmail.com
call/sms: 0147207131
shah alam
No comments:
Post a Comment