Apa yang beliau(mungkin ibu-ibu lain juga) alami adalah rintangan yang
biasa ibu-ibu menyusu alami bila nak train anak guna botol. Mungkin
list-list kemungkinan di bawah boleh bantu beliau untuk cuba dan cari
kaedah penyelesaian... paling penting ibu-ibu kena banyak sabar, cuba
dan kuatkan minda dan hati.. InsyaAllah.. lambat laun ibu-ibu akan dapat
jalan penyelesaiannya, ok... :)
So mari kita senaraikan masalah dan teknik penyelesaian yang mungkin
1. Nipple Confusion
Bayi sangat sensitif dengan bau ibu. Sejak dari keluar alam rahim baby
akan menangis, bukan kerana lapar (fakta : bayi yang dibuang masih boleh
hidup 3-4 hari tanpa bekalan makanan dan minuman.. subhanallah..) tapi
kerana manjanya beliau. Sudah biasa dengan alam rahim yang sempit dan
bila keluar tentulah hendak didakap mesra oleh ibu.. dulu disuap dengan
tali pusat namun kini nipple ibu lah tempat yang paling selamat. Betapa
besarnya kuasa Allah, memberi kebijakan sebegitu kepada bayi..
Dan kerana bijaknya baby kita, dia tahu membezakan antara yang original dan tiruan..
Mula-mula, kita kenalah bersyukur jika bayi kita menolak untuk minum
dari botol.. itu adalah petanda pertama bahawa baby kita sudah boleh
membezakan satu perkara :)
Mungkin teknik-teknik di bawah boleh kita amalkan;
a) Elak kita yang bagi EBM
- sebolehnya dapatkan bantuan daripada orang sekeliling seperti
suami/ibu/bapa/ kakak atau orang lain yang boleh berinteraksi dengan
baby untuk bagi EBM diperingkat awal.
- sebab baby cerdik.. kenal bau kita, selagi ada bau kita selagi tu dia ngada2 nak direct feeding! ;-)
b) Try guna cup / picagari / sudu / penutup botol ubat (syringe)
- semua alat2 ni diguna sebagai kaedah permulaan untuk anak terima EBM
- ada yang bila dah ok boleh beralih ke botol pula, namun ada juga yang
lebih suka teruskan guna alat yang ada tanpa guna botol untuk elak baby
nipple confussion lagi.
c) Try n error cari puting yang sesuai
- bagi yang menggunakan botol, recommended puting untuk dicuba : tommie tippie / NUK / MAM/ Avent/ Dr. Brown
- puting-puting ni bentuknya seakan2 bentuk puting kita, cuma bau puting tu yang akan dipilih oleh baby..
beli satu produk, kalau tak boleh try produk seterusnya.. :)
d) Gunakan helah
Helah 1:
- biasanya baby masa dia mamai nak tido tu mungkin dia akan hisap jari, try tarik jari dia dan sumbat dengan botol.
- ingin diingatkan bahawa kaedah ini perlu dibuat sekali nafas sahaja
- sebab biasanya kalau orang bising atau tegur dia akan lepaskan botol tu..
Helah 2:
- baringkat baby atas peha, mengiringkan badan menghadap dada kita
(posisi seperti nak bagi susu badan) selak baju dan jatuhkan pada area
muka dia, then terus sumbat botol (nampak agak kejam tapi ia satu usaha
berguna yang boleh diguna). cuba untuk kekalkan position supaya baby
'selesa'.
Macam-macam helah lagi yang boleh dibuat oleh para ibu dan orang-orang disekeliling.. ibu kena kreatif! :)
e) Susukan baby sebelum lapar / mamai
Saya quote cerita cikgu azleen dalam blog nya ok..
"Biasanya bayi akan tidur kan?
Bagi Afiah, biasanya beliau akan tidur
lebih kurang 2 jam, dan bangun juga dalam tempoh lebih kurang yang
sama.. Maksud saya 2 jam tidur, 2 jam jaga, tidur semula selama 2 jam,
jaga lagi 2 jam, dan tidur semula.. Kecuali pada waktu malam , dimana
Afiah akan tidur berterusan antara 4 ke 6 jam..
Jadi, apa yang saya lakukan adalah
setelah Afiah tidur lebih kurang sejam, saya akan mula panaskan
susunya.. Saya gunakan warmer jingle-jungle..
Selepas itu, saya akan memerhatikannya
dengan lebih kerap.. Sebaik saja Afiah menunjukkan tanda-tanda yang
beliau lapar dan akan tersedar dari tidur, saya akan terus memberikan
beliau susu melalui botol..
Oleh kerana pada waktu ini biasanya
beliau dalam keadaan separuh sedar, beliau tidak akan perasan bahawa
beliau menghisap puting tiruan.. Hahaha..
Afiah kenyang tanpa tangisan.. Yezzaaaa!
Biasanya juga selepas 15 ke 30 minit,
saya tetap perlu berikan Afiah breast cuma kali ini bukanlah beliau
menghisap kerana lapar sebaliknya cuma menghilangkan ketagihannya saja..
Layan ajerlah.."
2. Tolak EBM .. lebih suka yang fresh
Teknik yang boleh digunakan :
Mulakan dengan memberi bayi minum susu perahan segar / fresh.. maknanya
susu yang diperah pada hari yang sama.. jangan terus beri ebm yang
beku.. Kerana, rasa ebm bekuk kurang enak berbanding yang segar..
Manfaatnya, ibu boleh dielak daripada bermalas-malasan mengepam yang akhirnya menyebabkan pengeluaran susu berkurangan.
Dan, selepas baby biasa dengan rasa ebm, barulah beransur-ansur
memberikannya ebm yang diperah semalam, 2 hari sebelum, 3 hari sebelum
dan akhirnya ebm beku.
3. Bau susu
Teknik : periksa peti sejuk / freezer
- Kadang-kadang susu ebm yang disimpan dengan produk-produk beku lain
seperti lauk pauk dan makanan lain boleh menyebabkan susu ebm berbau
seperti makanan yang kita simpan.
- So make sure makanan dan minuman yang disimpan bersama ebm di seal
dengan sempurna. atau simpan dalam bekas yang bertutup rapat seperti
tupperware.
Akhir sekali, jika kita telah melakukan semua yang terbaik untuk baby
kita, anak masih tetap tidak mahu minum susu dari botol, usahlah
terburu-buru dan risau.. banyakkan berdoa pada Allah, kuatkan dan
tabahkan hati dan emosi.
Perhatikan perkembangan anak untuk tempoh 2 minggu ke 1 bulan.. Selagi
anak kita sihat, aktif, ceria dan berat badannya maintain (tak
semestinya sebab insyirah berat tak naik2 hehhe) tiada apa yang kita
perlu risau samada anak minum susu mencukupi atau tidak..
Apa yang anak kita minum itulah yang diperlukan olehnya. Penyusuan susu
ibu itu mencukupi tanpa mengambil kira berapa oz yang telah diminum
dalam sehari..
Keep on positive thinking, pumping dan simpan stok... insyaAllah.. doa kita akan dimakbulkan Allah kelak... ok!
Nak dapatkan set banyakkan susu:
call/sms: 0147207131
emel: saidahhamizah@gmail.com
shaklee ID:915081
No comments:
Post a Comment