Donate me a click!

ruang iklan

ruang iklan

28 May 2013

Bahaya juga guna walker ni ye


Meletakkan bayi dalam walker sama seperti membeli seorang remaja Ferrari - risiko bahaya. Inilah sebabnya, bermula April 2007, Canada telah mengharamkan penjualan walker bayi. 

Data UK juga mencadangkan bahawa lebih banyak kemalangan dan kecederaan berlaku berhubung walker bayi daripada peralatan bayi yang lain. Ini sebab walker membolehkan bayi bergerak lebih laju (bayi boleh mencapai kelajuan satu meter setiap saat dengan satu lonjakan), mencapai ke tempat lebih tinggi dan memudahkan akses kepada pelbagai bahaya. 

Kebanyakan kecederaan disebabkan kejatuhan apabila walker tertonggeng dan bayi terpelanting jatuh ke bawah tangga atau merempuh perabot, alat pemanas elektrik atau ketuhar. Terdapat juga kemungkinan risiko bertambah di mana bayi anda akan mengalami kebakaran dari objek-objek seperti lilin dan minuman teh yang panas. Ketiga, walker membolehkan bayi menjangkau racun-racun domestik, seperti minyak wangi, ubat cuci mulut, atau alkohol, yang dahulunya tidak dapat dicapai olehnya. 

Ramai orang menyangkakan yang apabila bayi ralit dengan 'kereta' kecilnya, dia adalah selamat dan boleh dibiarkan tanpa jagaan untuk jangka masa yang pendek. Sebenarnya, kawalan berlebihan diperlukan apabila bayi anda berada dalam walker dan bayi lebih selamat jika ditinggalkan atas lantai sahaja dalam bilik yang bebas dari bahaya. 

Walker tidak membantu bayi belajar berjalan. Sebaliknya, menggunakannya dengan berlebihan mungkin akan merencatkan sedikit perkembangan bayi. Bayi perlu meniarapmerangkakduduk dan bermain atas lantai, untuk membolehkan dia mencapai tahap-tahap utama dalam perkembangannya. 

Meskipun statistik-statistik yang ada membimbangkan, pelarangan penggunaan walker sama sekali mungkin tidak realistik. Sebilangan pakar merasakan bahawa walker sepatutunya direka bentuk untuk bayi berusia lebih daripada sembilan bulan yang sudah pandai duduk dan merangkak, dan dipasangkan sekatan kelajuan. 

Jika ada sesiapa mencadangkan walker untuk bayi anda, pertimbangkanlah alternatif lain atau lebih baik, biarkan dia bersenam dengan baik atas lantai seperti berlaku di masa-masa dahulu. 


Disemak oleh Dr Winston Yong Sin Chuen, bekas profesor madya di Universiti Kebangsaan Malaysia, sekarang ahli konsultan pediatrik di klinik swasta di Lembah Klang 

credit: Baby center

Bahaya juga guna walker ni ye

No comments: