Donate me a click!

ruang iklan

ruang iklan

13 May 2014

Mana lebih baik? Obimin atau Vitalea shaklee?

Dah lama saya nak kaji benda ni sebb saya pun sekarang tengah pregnant 4 bulan...masih ragu2 nak ambil obimin sebab isu mengenai warnanya....saya juga ada vitalea dan set lengkap hamil shaklee...Saya tahu jika sudah ambil obimin,. tak perlu lagi ambil semua vitamin lain..Tapi sejauh mana Obimin selamat?


KEBAIKAN OBIMIN:
  • Mengandungi semua vitamin dan mineral yang penting.
  • Harga lebih murah dan cuma telan sebiji saja sehari sudah mencukupi
  • Mudah ditelan dan mempunyai formula baik yang berpegang teguh kepada RDA baru untuk vitamin A dalam kehamilan
  • Amat sesuai untuk yg HB Rendah


KEBURUKAN OBIMIN:

(saya bukanlah Doktor, tapi ini hasil pengamatan dan kajian kualitatif yang saya buat)
TAK PERCAYA? Cuba rendam dalam air selama 4 minit..Dibawah ini adalah hasilnya:



  • Selepas 4 minit direndam: vitalea tablet hancur sepenuhnya, manakalan Obimin masih belum hancur malah mengeluarkan pewarnanya....Tak perlu remndam pun, jika anda pegang sahaja obimin ni atau kesat dengan tisu pewarnanya amat ketara. Warna inilah yang anda serap dalam badan anda...Shaklee vitalea pula menggunakan bahan semulajadi drpd tumbuh-tumbuhan dan warna semulajadi hijau tersebut bukan lah pewarna tiruan tetapi daripada bahan semulajadi juga. Kesimuplannya, Vitamin Shaklee adalah BEBAS PEWARNA, BEBAS PENGAWET DAN BEBAS PERISA. 

  • Makanan tambahan ini merupakan vitamin sintetik..Vitamin sintetik asalnya dibangunkan untuk menjimatkan kos. Kebanyakan sintetik, petroleum dan makanan tambahan akan melabelkan produk mereka sebagai vegetarian produk, bukan kerana ia diperbuat daripada tumbuh-tumbuhan, tetapi kerana ia tidak diperbuat daripada haiwanKebanyakan vitamin sintetik diperbuat daripada ekstrak petroleum, tar arang batu, dan gula kimia yang diproses (kadang-kadang ditambah minyak ikan perindustrian yg diproses), dengan asid lain dan bahan kimia industri (seperti formaldehid) digunakan untuk memproses mereka
























Baiklah , masih ramai yang ragu-ragu atau sayang untuk meninggalkan Obimin. Takut kandungan vitamin Shaklee tak  mencukupi ya?..Mari kita lihat perbesaan kandungan vitamin shaklee dan Obimin pula:



Kandungan Vitalea menepati piawaian yang ditetapkan untuk ibu hamil, Malah extra dari segi vitamin A sebab kita tahu ibu mengandung sering menagalami kurang daya penglihatan atau rabun cuma masa mengandung sahaja, calcium juga lebih dr kandungan obimin, sebab kita juga tahu bahawa ibu mengandung perlu lebih kalsium untuk menjaga tulang dan urat. namun kesemua kandungan Vitalea menepati piawaian ibu mengandung yang ditetapkan oleh pakar pemakanan US RDA. 


Jika anda memerlukan set hamil yang optiomum , boleh tambah Ostematrix untuk kalsium tambahan kerana tiodak semestinya semua kalsium yang kita makan tu akan dapat diserap oleh badan, kadang 2 kita masih rasa sakit tulang terutamanya malam walaupun dah ambil susu. Tambahan lagi kalau ambil susu sebelum tidur ni akan menyebabkan LACTOSE INTOLERANT dan ini merupakan punca kepada sakit prut tengah2 malam.
Bagi ibu mengandung juga amat mudah terkena selsema, demam dsb...Sudahlah ibu mengandung tak boleh  minum pil sebarangan kerana dikhuatiri mengganggu bayi yang sedang dikandung, jadi apa lagi option yg ada. Ambillah vitamin C sustained release shaklee yang baik untuk meningkatkan imun sistem ibu dan anak, dan elak dr alahan2 semasa mengandung

Selain itu, ibu mengandung juga sering dikaitkan dengan tidak bertenaga dan kurang selera makan. Siapa kata itu NATURAL? Kalau tanya Doktor, pasti mereka akan kata, itu NORMAL biarkan saja..Tapi kita ni kadang2 ibu mengandung yang memang dah ada anak dan tanggungjawab kerjaya yang  berat, kalau tak perform,  kita akan menyusahkan orang sekeliling kita, Mungkin mereka tidak berkata apa2 tapi dalam hati atau riak muka mereka mungkin berkata sesuatu. Jangan mengalah wahai ibu...Kekalkan dirimu bertenaga dan ceria sentiasa, dengan mengambil Vitamin B untuk tenaga dan ESP untuk protein kulit dan tenaga.

Lagi kebaikan set hamil shaklee: sapa kata mahal dari obimin? Obimin lg mahal sebab kena beli every month...set shaklee tahan selama 4-6 bulan....Dont be suprise kalau tengok botolnya super besar,,:)



NAK TAHU APA ADA DALAM SET HAMIL SHAKLEE?




Kombinasi Supplement utk TRIMESTER PERTAMA
  • Vitalea (MULTIVITAMIN LENGKAP DGN IRON)
  • B complex (LENGKAP DENGAN ACID FOLIC)
  • Vitamin C
  • Ostematrix (Calcium-Magnesium)
KOMBINASI Supplement utk TRIMESTER KEDUA & KETIGA
  • Vitalea (MULTIVITAMIN LENGKAP DGN IRON) ,
  • B complex (LENGKAP DENGAN ACID FOLIC),
  • Vitamin C
  • Ostematrix (Calcium-Magnesium)
  • Omega Guard (MINYAK IKAN, DHA)
KEBAIKAN SETIAP VITAMIN DALAM SET HAMIL SHAKLEE:
  • Ostematrix: Ibu mengandung memerlukan 1000mg-1300mg sehari. Ostematrix ini mengandungi kalsium, magnesium dan vitamin D. Kiranya 3 in 1 la..Setiap 1 biji OsteMatrix mengandungi 250mg kalsium. Magnesium berfungsi untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya..vitmain D pula untuk merangsang penyerapan kalsium. Kalsium sangat penting untuk pembinaan sel, pertumbuhan gigi dan pembentukan tulang bayi. Tidak mengandungi lemak berbanding bagi ibu yang hanya bergantung dengan produk tenusu. Kalsium penting untuk darah membeku dengan sempurna. Membaiki rangsangan urat saraf, mengelakkan kekejangan otot terutama bagi ibu mengandung serta kalsium juga penting untuk menstabilkan denyutan jantung dan tekanan darah tinggi.Sekiranya ibu mengandung kekurangkan kalsium ia akan menjejaskan pertumbuhan bayi dan turut menyebabkan penyusutan jisim tulang dan berlakunya kerosakan gigi kepada ibu itu sendiri. Ini kerana apabila kalsium untuk bayi tidak mencukupi maka badan ibu dengan sendirinya menarik kalsium dari tulang ibu untuk membantu menguatkan bayi dan kesannya ibu mungkin terdedah kepada risiko mendapat osteoporosis di usia tua.
  • Vitalea: Vita-Lea adalah multivitamin jadi ibu tidak perlu mengambil obimin lagi. Di dalamnya kaya dengan iron (zat besi) di mana jika ibu ada masalah masalah pitam atau mudah pening ataupun masalah anemia. Anemia ini berbahaya kepada anak dan ibu ketika bersalin kelak. Oleh itu, pengambilan multivitamin amat penting semasa mengandung.
  • Vitamin C: Melindungi sel penting dalam pembinaan kolagen dalam membina dan menguatkan sel-sel tisu dalam badan dan juga sangat penting untuk gusi dan gigi yang sihat. Ianya juga membantu dalam penghadaman zat di samping Vitamin C meningkatkan taraf sistem pertahanan tubuh. 1 biji vitamin C bersamaan dengan 7 biji oren. Mampukah kita nak makan 7 biji oren sehari? Selain itu vitamin C juga dapat membantu mempertingkatkan kadar serapan zat besi yang sangat penting untuk pembentukan hemoglobin yang membawa oksigen dalam darah.
  • Vitamin B:  B Compleks Shaklee adalah unik kerana ia telah lengkap dengan asid folik dan juga 8 kumpulan B. Asid folik sangat penting untuk pembinaan tulang dan bagi mengelakkan kecacatan pada janin, mengurangkan risiko kecacatan saraf pada bayi khususnya ‘spina bifida’. Ibu memerlukan sekurang-kurangnya 400 mg keperluan asid folik sehari. Penting bagi menjamin keperluan asid folik ini mencukupi 3 bulan sebelum ibu merancang untuk mengandung hinggalah tempoh awal mengandung. Ini kerana masalah gangguan pertumbuhan saraf dan neuro ini boleh berlaku seawal minggu pertama mengandung ketika janin baru terbentuk.
  • Omega Guard: Ianya sangat penting dalam membantu pembentukan otak bayi dari peringkat awal pembentukan. Mengandungi DHA yang sangat penting untuk otak. DHA dan EPA dari Omega nie penting untuk pembentukan otak dan mata baby. Untuk ibu pula, ia membantu mengawal paras kolesterol dalam badan
  • ESPIanya sangat penting untuk membina dan memperbaharui se-sel tisu, hormon dan enzim di dalam tubuh. Sangat diperlukan oleh wanita yang mengandung dan menyusukan anak. Penting untuk pembentukan kuku, rambut dan kulit. Protein yang berkualiti sangat membantu pertumbuhan yang baik. Ianya juga dikatakan kunci untuk melawan penyakit. ESP juga memberi ibu tenaga di mana bagi mereka yang mengalami morning sickness yang agak teruk. Ia juga memelihara dan mengelakkan janin menjadi cacat. Selain itu, protein ini juga membantu membekalkan asid amino yang bertindak membentuk otot dan organ bayi. Keperluan protein sewaktu mengandung perlulah mencukupi bagi membantu pertumbuhan plasenta, uterus, penghasilan susu dan untuk membantu aliran darah ibu yang bertambah. Keperluan protein ini semakin penting ketika memasuki trimester ke 3 bagi membantu memaksimumkan pertumbuhan fetus.





Bertukarlah sekarang..Apa yang anda makan sekarang penentu khasiat yang anak anda terima dalam badan mereka:
SMS/WHATSAPP: 0147207131FB Fanpage: vitamin  de royale (community)





No comments: