Assalamualaikum
wbt
Kepada ibu-ibu yang
menyusukan anak walaupun dah bermacam-macam usaha anda lakukan untuk memastikan
susu sentiasa cukup dan meriah tapi jangan lupa untuk berdoa. Kerana kita tahu
bahawa susu itu adalah rezeki yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T untuk anak
kita dan dari Dia jugalah kita memohon agar murah rezeki susu untuk anak
kita..InsyaAllah..
"Ya ALLAH...permudahkanlah segala urusan kehidupanku,
banyakkanlah susuku untuk bayiku, dan permudahkanlah perjalananku untuk
menyusukan anakku agar menuruti segala yang telah Engkau
syariatkan...AMIN..."
Surah al-Hujurat
& al-Kautsar juga baik diamalkan bermula sejak mengandung lagi ...Niatkan
dalam hati semoga ALLAH swt murahkan rezeki kite, anak kite dan banyakkan susu
kite.Bagaimana pun jangan kita lupa juga bahawa rezeki itu semuanya datang dari
Allah.Sebaiknya dibaca dan difahamkan juga tafsiran ayatnya.
Selain dari
itu amalkan surah al-Baqarah ayat 60. Sambil dibaca letakkan tangan pada breast,
and doa dalam hati semoga Allah murahkan rezeki anak kita dan supaya kita mampu
memberikan susu yg cukup pd anak kita hingga sekurang-kurangnye umurnya 2
tahun...
Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa memohon supaya
diberi air untuk kaumnya, maka Kami berfirman: "Pukullah batu itu dengan
tongkatmu", (ia pun memukulnya), lalu terpancutlah dari batu itu dua belas mata
air sesungguhnya tiap-tiap satu puak (di antara mereka) telah mengetahui tempat
minumnya masing-masing. (Dan Kami berfirman): "Makanlah dan minumlah kamu dari
rezeki Allah itu, dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka
bumi".
Lagi
satu, amalkanlah berzikir dgn kalimah YA MATIN
(Maha Sempurna KekuatanNya) 70 kali setiap hari. Waktu yg paling bagus adalah
pada waktu malam dan subuh. Anda juga boleh bacakan zikir tersebut dan hembuskan
ke dalam segelas air lalu diminum. Yakinlah.InsyaALLAH susu badan kita akan
bertambah jika kite istiqamah dgn amalan ini
No comments:
Post a Comment