Donate me a click!

ruang iklan

ruang iklan

11 May 2013

TESTIMONIAL

SET PENYUSUAN:


DISCLAIMER:
The products and information found on vitaminderoyale.blogspot.com are not intended to replace professional medical advice or treatment. Our information is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease or medical condition. Results of testimonials are not typical and individual results may vary. 




Kita perlu tahu komposisi nutrient utama dalam susuibu ialah protein, diikuti kalsium dan vitamin serta zat galian lain. Maka si ibu disarankan memastikan pengambilan protein serta kalsium yang mencukupi disamping vitamin dan galian lain demi membantu penghasilan susuibu dengan lebih lancar. Keperluan protein dan kalsium yang mencukupi memang benar-benar membantu melancarkan penghasilan susuibu. Lagi banyak yang diperah maka lebih banyak yang akan dihasilkan terutama apabila penghasilan susuibu sangat lancar.

Tidak dinafikan pengambilan supplement tertentu akan menyebabkan si ibu merasa payudara cepat penuh dan ada juga yang melalui bengkak susu seperti dalam pantang walau anak sudah melebihi 6 bulan menyusu. Namun tetap kena berpegang prinsip asas penyusuan.

4 perkara ini selalu saya remind :

1. Pastikan bayi disusukan sekerap mungkin dan bagi yang bekerjaya, pastikan anda membuat sesi perahan yang konsisten setiap 2-3 jam. Jangan tunggu sehingga payudara bengkak baru nak pam...konsep yang salah. Teruskan pam dengan kala yang sama dan berterusan.

ambilan air yang mencukupi demi menggantikan cecair yang keluar untuk menghasilkan susuibu... ingat setiap 25kg kita perlu 1 L.. so kira brape berat anda... Pastikan menyediakan botol minuman dengan indicator supaya senang mengetahui adakah keperluan air dipenuhi untuk tempoh seharian.

3. Amalkan zikir dan mengaji setiap hari dan doa tanpa putus padaNYA kerana sesungguhnya rezeki ini datang dari ALLAH jua. Jadikan amalan harian... Bila tenang, emosi stabil & bebas dari sebarang tekanan dalaman mahupun luaran (keluarga mahupun pejabat)

4. Elakkan berdiet kerana ibu yang menysu memerlukan tambahan kalori...

Ibu-ibu juga boleh mencuba Tips mudah ini dalam menjayakan penyusuan susuibu anda... Print ayat ini dan tampal pada tempat yang sering anda lihat. Baca dan jadikan ia proses berulang-ulang diucapkan.

"Saya akan berikan anak saya susu saya yang berkhasiat. Saya yakin susu saya banyak dan mencukupi untuk anak saya. Saya akan cemerlang dalam penyusuan untuk anak saya."

Proses mengucapkan ia secara berulang-ulang akan menghantar maklumat kepada minda bawah sedar kita. InsyaALLAH, anda berjaya dengan cemerlang dalam usaha memberi anak anda dengan susuibu yang penuh khasiat dan kebaikan. Namun saya ingatkan, apa yang kita makan adalah apa yang kita salurkan pada anak kita. Maka jangan berdiet atau skip makan, banyakkan minum air, pastikan badan cukup rehat dan elakkan tekanan.... insyaALLAH ayat di atas membantu anda untuk lebih berjaya.

No comments: