Donate me a click!

ruang iklan

ruang iklan

11 May 2013

PETUA BANYAKKAN SUSU IBU

PETUA BANYAKKAN SUSU IBU

Terdapat beberapa sebab berlakunya keadaan dimana ibu merasakan susu badan yang dihasilkan semakin berkurangan. Keadaan ini mungkin disebabkan siibu tidak memulakan penyusuan awal atau tidak menyusukan bayi dengan kerap. Sekiranya siibu menyusukan anak secara eksklusif bermula sebaik sahaja bayi dilahirkan, susu akan keluar melimpah-limpah dan payudara sentiasa penuh walaupun baby sedang menyusu, ini kerana semasa baru melahirkan (berpantang), badan ibu belum adjust dengan hormone yang dihasilkan. Namun, setelah beberapa bulan, badan ibu sudah adjust sepenunya pada hormone, dan susu yang dihasilkan akan mengikut keperluan bayi, kalau ibu mennysukan anak secara eksklusif dan anak menyusu kedua2 belah payudara, maka susu yang terhasil banyak (walaupun tak sebanyak semasa berpantang). Ada pelbagai cara untuk menambahkan penghasila susu badan, antaranya ialah:

Susukan bayi bila-bila masa dia berasa lapar, lebih banyak bayi menyusu , lebih banyak susu yang akan terhasil

Susukan bayi pada kedua2 belah payudara sehingga bayi itu sendiri yang melepaskan putting setelah dia kekenyangan. Ini akan merangsang lebih banyak penghasilan susu.

Jarak antara penyusuan mestilah tidak melebihi 2 jam. Susukan sekerap yang boleh, berikan bayi peluang untuk menghisap dari payudara untuk merangsang penghasilan susu.

Jangan lupa untuk berasa tenang sewaktu menyusukan bayi, ini kerana perasaan tertekan atau kurang yakin tentang kemampuan untuk menyusukan bayi juga boleh menyebabkan susu berkurangan. Dapatkan rehat yang secukupnya.

Dinasihatkan tidak memberikan bayi makanan lain selain daripada susu badan terlalu awal, seperti makanan tambahan, jus2, air masak atau buah2 an kepada bayi berumur kurang 6 bulan. Kerana apabila bayi mendapat makanan tambahan, bayi akan kurang menyusu dan ini sekaligus akan mengurangkan penghasilan susu badna ibu.

Penghasilan susu juga boleh terjejas akibat pemakanan. Bagi memastikan anda makan dengan betul,anda boleh melakukan perkara2 berikut:

Ambil hidangan seimbang berpandukan panduan pyramid pemakanan

Banyakkan minum air (digalakkan air kosong suam) sepanjang hari

Ambil supplemen

Makan pelbagai jenis makanan yang kaya dengan nutrient

Amalkan surah al-baqarah ayat 60 atau surah hujurat dan sapu di kedua belah payudara, sentiasalah usap rambut bayi, cium bayi.

No comments: