bahaya air masak untuk bayi bawah 6 bulan
Bahaya air masak untuk bayi bawah 6 bulan
Pernah
tak anda terlihat seorang bayi kecil menangis, lalu ibu nya memberi
bayi tersebut air masak di dalam botol susu. mungkin juga mereka tidak
tahu keburukan air masak kepada bayi. Jadi di sini Sama2lah kite
sebarkan info berguna ni pada ibu/bapa muda yg 1st time nak smbut baby..
=)
Walaupun dah berkali2 di ingatkan jangan beri
bayi bawah 6 bulan minum air masak, namun masih ada ibu bapa yang masih
amalkan beri air masak pada bayi mereka. Antara sebab desakan orang
tua, nak kasi kuning si anak cepat baik, bilas tekak anak lepas minum
susu, supaya anak senang buang air..
Kajian ini khas untuk bayi yang menyusu susu ibu sepenuhnya & yang menyusu formula.
Semoga info2 ini dapat menyedarkan ibu bapa kenapa pemberian air masak tidak digalakkan kepada bayi berumur 6 bulan ke bawah.
Merencatkan Tumbesaran
Perut
bayi sangat kecil. Apabila perut bayi telah dipenuhi air, bayi akan
merasa kenyang dan kurang berminat untuk menyusu susu ibu. Akibatnya
segala khasiat susu ibu tidak dapat diberikan secara optima kepada bayi.
Ini boleh menjejaskan pertumbuhan dan kesihatannya kerana air tidak
mengandungi sebarang khasiat. Di samping itu, kajian mendapati pemberian
air glukos pada minggu pertama kelahiran dikaitkan dengan kehilangan
berat badan yang banyak lalu merencatkan tumbesaran.
Merencatkan Akal
Memberi
air kepada bayi di awal kelahiran didapati meningkatkan tahap bilirubin
di dalam darah. Menurut pakar Laktasi dari Kanada, Anne Kirkham,
pemberian air akan memburukkan lagi keadaan bayi yang diserang jaundis
(sakit kuning) sehingga menyebabkan ‘kernicterus’ iaitu Terencat Akal’.
Bayi juga akan menjadi bertambah mengantuk dan lesu tidak bermaya.
Mengancam Nyawa
Air
boleh membawa kuman. Ini menyebabkan bayi terdedah kepada cirit birit
jika kebersihan tidak dititikberatkan. Pencemaran boleh berlaku di
pelbagai peringkat, seperti air diperolehi dari sumber yang tidak
selamat ataupun bekas air dan puting yang tidak bersih. Air akan
menghakis salutan pelindung penyakit yang dihasilkan oleh susu ibu dan
ini akan mendedahkan bayi kepada pelbagai jangkitan.
Mengakibatkan Sawan Tarik
Air
sangat berbahaya jika diberikan kepada bayi terutamanya yang berumur di
bawah 5 minggu. Terlalu banyak minum air akan mencairkan garam di dalam
darah bayi. Ini akan mengakibatkan suhu badan yang rendah, kembung atau
sawan tarik. Sindrom ini dipanggil ‘Oral Water intoxication’.
Sebenarnya
susu ibu sudah mencukupi untuk bayi tanpa perlu ditambah air atau
cecair lain kerana susu ibu mengandungi 88% air. Kolostrum yang terhasil
di awal penyusuan dapat membantu membersihkan perut bayi dan
mengelakkan sembelit. Tiada air tambahan diperlukan untuk proses
tersebut. Oleh itu..beri bayi anda susu ibu sekerapnya.
No comments:
Post a Comment