Air
ketuban ialah cecair pelindung yang memenuhi rahim wanita ketika hamil.
selepas 10 minggu kehamilan, pembentukan janin akan dibantu oleh
kehadiran cecair yang mengandungi protein, karbohidrat, lipid dan
fosfolipid, urea
dan elektrolit ini. air ketuban sangat penting bagi melindungi sebarang
gegaran ketika kehamilan berlangsung. dalam kehamilan normal, air
ketuban sekitar 500-800 ml pada akhir kehamilan. di saat kelahiran, air
ketuban ini akan pecah disebabkan penolakan dari bayi dan juga
kontraksi.
ciri-ciri air ketuban ialah:
- rasa suam
- tidak berbau
- tidak berwarna / jernih
gambar : janin di bwah berusia 10 minggu dlm kandungan
No comments:
Post a Comment